nuffnang

Saturday 19 September 2015

IMAM MASJID NEGARA JELASKAN INSIDEN DITAMPAR

Dia nak jadi imam tu,” itu reaksi Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim susulan insiden dia ditampar oleh seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ketika solat Jumaat hari ini.

“Saya ingatkan sangkut bacaan, tengok-tengok terus dia datang dan tampar.
“Dia nak jadi imam kot rasanya,” kata Mohd Zuhairee dalam sebuah video yang dikongsi netizen di laman sosial.
Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad berkata, lelaki itu dipercayai bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat sebelum menampar Zuhairee yang memimpin solat, memaksa solat dihentikan.
“Saya ingat Imam tersangkut pada bacaannya. Secara tiba-tiba entah dari mana lelaki Arab itu muncul dan terus menampar Imam”, jelasnya.

Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan berbahasa Arab, bagaimanapun tersadung pada tripod kamera sebelum ditangkap oleh jemaah yang berhampiran.
Dia seterusnya dibawa oleh beberapa jemaah dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu pihak polis tiba.
Laporan sebelum ini: Suasana solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab bertindak menampar Imam 2 Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika beliau sedang mengimamkan solat.
Saksi berkata, kejadian berlaku ketika solat di rakaat pertama dan imam baru saja selesai membaca surah Al-Fatihah, tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.
Lelaki terbabit juga bertindak merampas pembesar suara dan berkata “You go Back!” berulang kali.
Video kekecohan di masjid itu dan tangkapan lelaki terbabit kini viral di laman sosial.
Imam berkenaan juga mengesahkan beliau ditampar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jgn percaya nuffnang ni.... cuba klik kalau tak percaya

Pelawat

Bean


aiman

IKLAN

 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
Advertise Now!