nuffnang

BERITA TERKINI

UIAM gantung tugas Abdul Aziz

Pensyarah diminta tunjuk sebab keluar kenyataan pertikai Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas berhubung kenyataannya baru-baru ini yang mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor yang bertitah mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Peguamnya, Dr Zulqarnain Lukman, berkata Dr Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab daripada Unit Perundangan, Pejabat Rektor UIAM, kelmarin yang turut menyatakan beliau digantung tugas sehingga siasatan dan inkuiri selesai berikutan kenyataannya yang disiarkan sebuah portal berita pada 12 Oktober lalu bertajuk ‘Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-Raja.’
“Beliau juga dilarang memasuki kawasan universiti sehingga mendapat notis bertulis daripada Dekan Fakulti Undang-Undang (UIAM), selain tidak boleh berhubung dengan kakitangan atau pihak yang mempunyai kepentingan dengan universiti.
“Surat itu menyatakan Dr Abdul Aziz sudah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan universiti dan disiasat mengikut Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Dr Abdul Aziz yang juga pakar undang-undang Perlembagaan sebelum ini didakwa mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor yang bertitah mengenai isu pemeriksaan JAIS di DUMC dengan menyatakan baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi perlu dijalankan selaras ajaran Islam. Berikutan itu beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Zulqarnain juga berkata, ini kali ketiga Dr Abdul Aziz menerima surat tunjuk sebab dan beliau akan menjawabnya sebelum jam 4 petang 25 Oktober ini seperti yang disyaratkan dalam surat berkenaan.

Sementara itu, UIAM dalam satu kenyataan semalam berkata, universiti itu melalui Sekretariat Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan, Unit Perundangan UIAM memberi peluang kepada Dr Abdul Aziz menjelaskan mengenai isu semasa yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.
“Sekretariat sedang mengumpul maklumat lengkap mengenai isu yang dikaitkan dengan beliau dan akan menilai secara terperinci sama ada kenyataan beliau yang juga seorang ahli akademik dan pensyarah bercanggah dengan mana-mana peraturan universiti atau sebaliknya,” katanya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ahli akademik bebas memberi kenyataan media atau bercakap kepada pihak awam berasaskan ilmu atau bidang kepakaran mereka, tetapi pengurusan universiti juga bebas mengambil tindakan disiplin jika mendapat reaksi negatif masyarakat atau pihak berkuasa.

“Terserah kepada institusi masing-masing. Jika bercakap dalam bidang kepakaran tiada masalah. Jika bercakap dalam soal lain sebagai anggota masyarakat, dia terdedah kepada pelbagai komen, reaksi dan sebagainya. Kementerian serah kepada institusi (untuk bertindak),” katanya.

Derita buah zakar terlampau besar

MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di luar rumah
MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di luar rumah 
LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.

Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.


“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.
Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.

“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. -wan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jgn percaya nuffnang ni.... cuba klik kalau tak percaya

Pelawat

Bean


aiman

IKLAN

 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
 IKLANKAN PRODUK ANDA DISINI
Advertise Now!