Mat despatch dilenyek kenderaan
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Mohamad Asmirul Farhan Ismail, 23, yang menunggang motosikal secara bersendirian sedang menuju ke daerah ini. Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa yang berada di laluan paling kiri lebuh raya dipercayai cuba memotong sebuah lori di depannya.
“Ketika mahu memotong, motosikal mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor, itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bersebelahan,” katanya.
Pindaan akta lindungi pengguna dalam e-dagang, April depan
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Satu pindaan kepada Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang bertujuan melindungi hak-hak pengguna yang terlibat dalam e-dagang akan dibentang di Parlimen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada April depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pindaan terhadap akta itu perlu dilakukan bagi menjamin pengguna atau peniaga yang terlibat dalam e-dagang tidak menjadi mangsa jenayah siber, yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
"Serangan alam siber dilihat semakin berleluasa sejak ledakan teknologi maklumat (IT) menjadi sebahagian daripada cara hidup seharian kita, dan dalam masa yang sama, ia menjejaskan khalayak yang terlibat dalam e-dagang.
"Justeru, pindaan akta itu, yang akan dibentang nanti, akan bukan sahaja dapat melindungi pengguna malah juga mengawal jenayah ini daripada berleluasa dengan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya kepada penjenayah yang terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Persidangan dan Pameran Infosecurity Sedunia 2012 (ISWec 2012) di sini hari ini. - Bernama